Tuesday, July 15, 2008

Blog ke laman web sendirik

Setelah sekian lama aku biaqkan laman web nih, kerana nak tumpu pada laman web atas nama aku sendirik.

Tujuan aku guna blogger ni kerana Adsense semata2. nak dapatkan trafik juga duit dari Google.
So, mmg berhasil. hahahahahah

http://RosnizamOthman.com baru barusia sebulan. so far alhamdulillah. Siap gak.

Wujudnya laman web ni kerana aku nak tambah satu lagi bidang baru selepas bidang seni, multimedia yg aku ceburi selama ini.

Jadi, fotografilah bidang baru yg aku ceburi skrg. Dulu aku belajaq dari seorg sahabat baik aku secara tak formal. Kali ni aku nak tumpu secara serius dlm fotografi.

Jadi, rajin2 lah masuk ke laman web baru aku tu ye?...

Thursday, March 02, 2006

Blog ni bakal ditutup

Blog ni mungkin akan ditutup, sebab, aku dah create kat domain aku sendiri kat http://izam.kedahan.net... rajin2, masuk la.

Wednesday, February 22, 2006

Sibuk disaat akhir

Sejak sebulan ni agak sibuk sikit, dengan persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung kurang dari 1 bulan dari sekarang. Melukis pun tinggalkan dulu, tumpu pada mencetak kad-kad jemputan, borang kawin, cop dari pegawai qaryah, nak submit lagi, servis kereta. penat... penat... memang penat.

Sunday, February 05, 2006

Mitos dan juga lagenda

ASAL USUL NAMA BALING

Baling mempunyai banyak kisah sejarah awal yang menarik. Seorang arkeologi yang bernama Colings telah menjumpai kapak dan beliong di gua-gua kapur iaitu Gua Debu dan Gua Kelawar di Gunung Baling. Tempat-tempat perlindungan dalam gua-gua yang didiami oleh orang-orang zaman batu juga dijumpai. Berdasarkan penemuan ini bererti penempatan awal di Baling sudah wujud sejak zaman neolitik (Zaman Batu Baru) lagi.

"Baling" mempunyai dua buah kisah sejarah awal yang menarik. Kedua-dua kisah ini adalah merupakan bahan cerita lisan yang telah diwarisi oleh masyarakat di beberapa daerah tertentu di Negeri Kedah Darul Aman. Kisah-kisah ini telah diceritakan turun temurun sejak dari dahulu lagi hinggalah ke beberapa generasi silih berganti terutamanya di dalam Daerah Baling ini sendiri.

KISAH PERTAMA
Di dalam Hikayat Merong Maha Wangsa, terdapat satu kisah "RAJA BERSIONG". Nama sebenar "RAJA BERSIONG" ialah Raja Ong Maha Perita Deria yang memerintah Negeri Kedah sebelum bertapaknya Ugama Islam di negeri ini. Oleh kerana kezaliman pemerintahan baginda (baginda gemar memakan hati dan darah manusia) telah menyebabkan rakyat memberontak dan baginda pun melarikan diri. Kisah lanjut dan menarik waktu pelariannya tidak terdapat di dalam Hikayat Merong Maha Wangsa tetapi hanya berkembang melalui tradisi cerita lisan. Masyarakat di Daerah Baling terutamanya telah mewarisi cerita lisan mengenai Kisah Raja Bersiong ini turun temurun sehinggalah sekarang.

Kisah pertama ialah bagaimana perkataan BALING ini diambil sempena peristiwa Raja Bersiong yang telah membaling siongnya. Menurut cerita orang-orang tua di Daerah Baling, pada zaman dahulu, kononnya Raja Bersiong telah melarikan diri daripada istana apabila berlakunya pemberontakan rakyat akibat kezaliman baginda. Di dalam pelariannya, baginda terpaksa berhenti di beberapa tempat kerana baginda sakit gigi atau siongnya. Oleh kerana baginda tidak tertahan lagi menanggung sakit, baginda telah mengambil keputusan untuk mencabutnya. Perbuatan baginda memegang beberapa kali dan memulasnya telah mengambil masa yang agak lama melibatkan beberapa tempat persinggahan. Akhirnya setelah perjalanan baginda semakin jauh, usaha mencabut siongnya itu pun berjaya. Baginda pun memegang siong yang telah dicabutnya itu dan membalingnya dengan sekuat hati. Selepas membaling siongnya itu, baginda pun merasa amat lega kerana tidak lagi merasai kesakitan. Mengambil sempena peristiwa baginda membaling siong itu, maka lahirlah perkatan BALING dan juga perkataan SIONG. Perkataan Baling ini menjadi sebutan generasi demi generasi sehinggalah nama tempat di mana Raja Bersiong membaling siongnya dikenali dengan nama Daerah Baling. Ekoran dari peristiwa itu juga, masyarakat telah menamakan 2 buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Baling ini sebagai MUKIM BALING dan MUKIM SIONG.

Menurut pendapat seorang penulis tanahair, Encik Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof, terdapat satu deretan di Negeri Kedah yang telah mengambil sempena pelarian Raja Bersiong iaitu termasuklah Kuala Ketil, Tawar, Kuala Pegang, Kupang, Pulai, Baling dan Siong. Ternyatalah nama-nama tempat yang disebutkan oleh penulis di atas adalah tempat-tempat yang terdapat di dalam Daerah Baling.


KISAH KEDUA
Satu cerita lisan lagi yang terkenal terutama di kalangan penduduk Daerah Baling ialah mengenai bagaimana ujudnya perkataan BALING. Dari cerita lisan yang diperolehi, perkataan BALING sebenarnya berasal daripada perkataan orang Siam (Thai) iaitu BAN LING yang bermaksud Kampong Kera. Menurut cerita orang-orang tua yang ditemui, BALING asalnya ialah sebuah kampung yang terletak berdekatan dengan sebuah gunung di mana penduduknya terdiri daripada orang- orang Siam dan orang-orang Melayu. Bilangan rumah yang terdapat pada masa itu ialah lebih kurang 235 buah sahaja iaitu 200 buah rumah orang Siam dan 35 buah rumah orang Melayu. Kampong ini diperintah oleh seorang Penghulu Siam yang bernama Nai Sinou. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah mengerjakan sawah dan bercucuk tanam. Mereka juga mempunyai dusun buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan, cempedak dan juga kebun kelapa. Pada masa itu, terdapat berpuluh-puluh ekor kera yang selalu datang memakan buah-buahan serta merosakkan apa sahaja tanaman penduduk. Kumpulan kera ini dipercayai telah diketuai oleh seekor kera putih. Oleh kerana kampung ini kerap diganggu oleh kumpulan kera yang besar jumlahnya, penduduk kampung sentiasa berada di dalam keadaan gelisah. Ini adalah kerana kera-kera yang datang bukan sahaja memakan buah-buahan dan merosakkan tanaman mereka malah ianya sering mengganggu penduduk kampung terutamanya wanita dan kanak-kanak. Untuk menghindarkan daripada serangan kera-kera ini, Penghulu Nai Sinou telah mengambil keputusan mengadakan upacara pemujaan bersama-sama dengan penduduk kampung berketurunan Siam. Upacara pemujaan ini adalah bertujuan untuk menghalau kera-kera daripada mengganggu kampung ini. Selepas pemujaan itu, tidak ada lagi kera-kera yang datang mengganggu kampung tersebut. Maka kehidupan penduduk kampung itu terhindarlah daripada serangan kera-kera yang liar.

Mengambil sempena nama peristiwa serangan kera-kera ini, maka kampung inipun disebut sebagai Kampong Kera iaitu BAN LING.

Lama-kelamaan penduduk di sini hanya menyebut BALING sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
LAGENDA PULAU DAYANG BUNTING

Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.

--------------------------------------------------------------------------------

LAGENDA PUTRI DAYANG SARI

Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.

--------------------------------------------------------------------------------

MISTERI TELAGA TUJUH

Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

--------------------------------------------------------------------------------

LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA

Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.

--------------------------------------------------------------------------------

Taman Lagenda Langkawi
Taman tema yang dikenali sebagai Lagenda Langkawi On The Park dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini akan menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda.
Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong Maha Wangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda.

Laksamana Cheng Ho, dari China, dalam pelayaran ke Melaka dalam tahun 1406 mencatatkan Langkawi dalam peta pelayarannya sebagai Lung-Ya-Kian-Yi manakala dalam peta yang dihasilkan dalam abad ke-16 Langkawi dinamakan dengan menggunakan banyak nama seperti Langka, Langu, Langura, Langa dan Langapura.

Taman tema yang indah dan cantik ini mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda.

Melangkah ke Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan.

--------------------------------------------------------------------------------

Kampung Air Hangat

Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut mengasilkan telaga air panas yang wujud sekarang. Terletak dikawasan Telaga Air Panas seluas 4 ekar, terbina kompleks moden yang didalamnya terdapat 3 tingkat pancutan air panas, mural lukisan tangan diatas batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda disebalik kewujudan tempat ini, demostrasi harian tentang kraftangan tempatan dan tarian kebudayaan serta kedai-kedai yang menjual kraftangan. Terdapat juga kemudahan kedai makanan dan minuman yang menyediakan juadah tempatan disini. Kompleks ini terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah.

--------------------------------------------------------------------------------

Padang Mat Sirat

Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.

--------------------------------------------------------------------------------

Telaga Tujuh

Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, 23 kilometer dari Pekan Kuah, Telaga Tujuh adalah keindahan dan keajaiban geografi dimana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Lagenda ada menyatakan tempat ini adalah tempat pari-pari bersiram dan bermain-main. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau yang menyenangkan ke seluruh kawasan sekitar.

--------------------------------------------------------------------------------

Tanjung Rhu

Tanjung Rhu terletak disebuah tanjung di utara Pulau Langkawi dan jaraknya 20 kilometer dari Pekan Kuah. Oleh kerana pantai ini dipenuhi dengan pohon-pohon rhu maka ia dinamakan Tanjung Rhu. Terdapat sebuah pulau yang terletak berhampiran pantai ini yang boleh sampai dengan menyeberangi kawasan air yang cetek. Perjalanan menggunakan bot dari pulau ini, membawa kita ke satu tempat yang dinamakan Gua Cerita. Terdapat tulisan-tulisan lama yang masih tidak dapat ditafsirkan sepenuhnya menggambarkan misteri dan keasyikan lagenda lama.

--------------------------------------------------------------------------------

Pulau Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.

Tuesday, January 31, 2006

waaaaaaaaaa... lama tak update juga buat drawing... sibuk nau...
hat ni aku tak habih buat inking lagi... nak buat editing skit lagi... ada yg still nampak sumbang dalam drawing ni...

Monday, January 16, 2006

Kembalinya Semangat

Sekarang ni, semangat nak terbitkan komik underground macam bebudak Pergh.com yang lain. Tak aci la depa boleh buat, aku tak leh. Akan aku sambung cerita "Kalau Sudah Jodoh" tu semula. Kali ni aku gunakan teknik yg diajar oleh Ajiff dgn Krom. Terima kasih bebanyak la pada hangpa berdua. Aku suka cara hangpa berdua bagi tunjuk ajar kat aku. Masuk dan terus lekat dalam kepala. Thanks guys.

Sunday, January 15, 2006

Kesibukkan melanda

Aaaaaaaaaarrrggghhhh... sabtu ahad ni memang bz sangat. Bawak tunang tengok baju untuk pakai masa kenduri nanti. Survey dari Gurun sampai Sungai Petani. Mahal jugak.

Ni artwork yang boleh dikatakan sbg latest.
Ikut tu dah berapa minggu dah tak melukis. Kerana terlalu sibuk dgn persiapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan Mac ni. Insyaallah.