Tuesday, January 31, 2006

waaaaaaaaaa... lama tak update juga buat drawing... sibuk nau...
hat ni aku tak habih buat inking lagi... nak buat editing skit lagi... ada yg still nampak sumbang dalam drawing ni...

Monday, January 16, 2006

Kembalinya Semangat

Sekarang ni, semangat nak terbitkan komik underground macam bebudak Pergh.com yang lain. Tak aci la depa boleh buat, aku tak leh. Akan aku sambung cerita "Kalau Sudah Jodoh" tu semula. Kali ni aku gunakan teknik yg diajar oleh Ajiff dgn Krom. Terima kasih bebanyak la pada hangpa berdua. Aku suka cara hangpa berdua bagi tunjuk ajar kat aku. Masuk dan terus lekat dalam kepala. Thanks guys.

Sunday, January 15, 2006

Kesibukkan melanda

Aaaaaaaaaarrrggghhhh... sabtu ahad ni memang bz sangat. Bawak tunang tengok baju untuk pakai masa kenduri nanti. Survey dari Gurun sampai Sungai Petani. Mahal jugak.

Ni artwork yang boleh dikatakan sbg latest.
Ikut tu dah berapa minggu dah tak melukis. Kerana terlalu sibuk dgn persiapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan Mac ni. Insyaallah.

Monday, January 09, 2006

Jaguh Angkasa

Shot ni aku lukis masa memula projek Jaguh Angkasa dalam peringkat perbincangan. Cuma penambahan plot di bahagian depan. Secara umumnya, cerita ni memang menarik. Jalan ceritanya. Aku still prefer cerita asal dari selepas dirombak oleh pereka cerita ni.

Kalau Sudah Jodoh

Story ni dah lama aku simpan. Teringin plak nak hasilkan komik underground. Kisah seorang lelaki yg awal 30-an yang masih bujang yang selalu 'kena bising' dengan mak dia. Minta carikan seorg teman hidup. Lelaki ni mempunyai impian mengenai jodohnya. Si kakak, mak juga anak sedara la yang buat kerja 'kenen-mengenen' ni.

Sunday, January 01, 2006

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru untuk semua. Tahun ni bermula la satu episod baru dalam hidup. Episod untuk bergelar kartunis, juga suami orang. Artwork yang memula nak cuba kat majalah besar. Cuba p la... bukan nak rugi kan?...